Pusat Tarbiah Hafaz al-Quran Ibnu Sina Kelas Persediaan Sek Men di Mesir
Apakah halatuju yang ingin di bawa oleh PTHQ Ibnu Sina?
PTHQ Ibnu Sina ingin melahirkan Profesional Ustaz, dalam usaha kita ingin melahirkan protas memerlukan laluan pendidikan dan juga suasana pembelajaran bagi mereka, laluan yang ingin di bina ialah seperti berikut: 1. PTHQ Ibnu Sina (2 Tahun) - Bergantung kepada kelulusan peperiksaan di PTHQ Ibnu Sina 2. Sek Men di Mesir (3 hingga 6 tahun) 3. Memasuki Univ al Azhar samaada melalui aliran Sains atau Agama 4. Menyambung peringkat Master dan PHD sama ada di dalam negara atau luar negara 5. Sasaran mereka dapat menamatkan PHD dalam usia yang muda sebelum umur 28 tahun
Apa pentingnya kelas persediaan ini? Ianya memberi persediaan pelajar untuk memasuki Sek Men di Mesir. Apa istimewanya belajar Sek Men di Mesir? Pelajar akan bergaul dengan pelajar di serata dunia, mereka akan belajar bukan sahaja mata pelajaran pengajian Islam di dalam bahasa arab, malahan pembelajaran akademik seperti matematik, sains sejarah di dalam bahasa arab.
Berapa umur pelajar di terima masuk? Pelajar yang di terima masuk umur 12 hingga 13 tahun.
Adakah pelajar lelaki perempuan diterima masuk? Ya, pelajar terdiri dari lelaki dan perempuan.
Berapa tahun mereka belajar di PTHQ? 2 tahun belajar di PTHQ, seterusnya mereka akan menyambung pendidikan di Buuth Mesir (Sek Men di Mesir). Bergantung kepada prestasi peperiksaan pelajar.
Apakah laluan PTHQ Ibnu Sina? Laluan mereka akan menyambung pengajian ke Sek Men di Mesir, dan seterusnya pelajar dapat mengambil aliran agama atau akademik di sana di dalam bahasa arab.
Apakah sasaran yang ingin PTHQ lahirkan? PTHQ Ibnu Sina ingin lahirkan pelajar yg memiliki ijazah kedoktoran sebelum umur 28 tahun dalam bidang agama.
Bagaimana dengan sistem pendidikan SPM? Pelajar tidak mengambil SPM, mereka akan menyambung kelas menengah di Mesir laluan untuk mereka masuk ke Universiti al-Azhar baik Akademik mahupun bidang agama.
Berapakah yuran bulanan? Yuran bulanan RM600 sebulan, ini termasuk penginapan asrama, guru, makanan pelajar.
Bagaimana untuk mendaftar? Jika ingin mendaftar, boleh isi borang pendaftaran dengan klik dibawah ini
Untuk keterangan lanjut mengenai program ini boleh hubungi ➡️➡️➡️