klik pada gambar untuk mengetahui maklumat dan aktiviti setiap institusi
Taska Tahfiz Ibnu Sina
Madrasah Tahfiz Ibnu Sina
Kami menyediakan sebuah tapak pendidikan yang lengkap dengan prasarana, moden, sistematik dari peringkat Taska hingga ke Pondok.
Tadika Tahfiz Ibnu Sina
Sek Ren Tahfiz Ibnu Sina
Pondok Husnul Khotimah
Permohonan pendaftaran pelajar 2021
Peluang bekerja di PTHQ Ibnu Sina
Kenali Pengasas Pusat Tarbiah Hafaz Quran Ibnu Sina
Allahyarham Ustaz Yahya bin Abdullah
Diasaskan oleh Al-Marhum Ust Hj Yahya bin hj Abdullah, beliau pada asalnya memiliki impian untuk menjadi hafiz al-Quran ketika usianya 50 tahun. Hasrat beliau tidak kesampaian sehingga menyebabkan beliau mengalihkan impiannya itu kepada membuka sekolah tahfiz. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Mu'tah, Jordan. Kemudian melanjutkan pelajaran beliau dalam Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam bidang Pendidikan. Beliau memiliki pengalaman mengajar yang begitu luas, pernah berkhidmat sebagai guru agama di SMK Kamunting, Gunung Semanggol, SMK Mudzaffar Shah, dan terakhir di SMK Gorge. Beliau menyambung pendidikan di dalam Master Pendidikan di UKM, sebelum dilantik menjadi Pensyarah Maktab Sultan Abdul Halim di Sungai Petani dan Maktab perguruan Institusi Perguruan Pulau Pinang di Pulau Pinang.
Beliau memiliki impian yang cukup besar untuk melihat generasi muda membesar mengikut acuan Islam. Bagaimana Rasulullah s.a.w mentarbiah generasi muda sehingga melahirkan ramai tokoh-tokoh remaja yang harus diteladani seperti Anas bin Malik r.a, Usamah b Zaid r.a, Muaz bin Jabal r.a, Ali bin Abi Talib r.a. Generasi inilah yang mencelikkan dunia sehingga melahirkan tokoh-tokoh dunia seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, al-Farabi dan Imam Bukhari.
Al-Marhum meninggalkan kita dalam usia yang rancak memikirkan pembangunan anak-anak muda, punca pemergiannya juga adalah disebabkan terlalu memikirkan pembangunan insaniah (serangan stroke). Pada tanggal 4 November 2014, beliau dijemput oleh Allah swt dalam usia 55 tahun dan meninggal 9 orang anak dan seorang balu, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di dalam syurga.
kami serius dalam melahirkan huffaz proffesional !
OBJEKTIF
Mencipta Generasi Huffaz Profesional
VISI
Melahirkan Generasi Huffaz Profesional yang mampu memimpin dunia
MISI
Menyediakan sebuah tapak pendidikan yang lengkap dengan prasarana, moden, sistematik dari peringkat taska hingga ke pondok
PENDEKATAN SILIBUS PTHQ IBNU SINA
1. Adab dan akhlak sebagai pakaian hidup 2. al-Quran dan hadis dijadikan rujukan utama di dalam kehidupan 3. Subjek akademik sebagai seni dakwah dan tuntutan fardhu kifayah
KOKURIKULUM
Alhamdulillah Mendapat Special Award the Best Education Produk di dalam Pertandingan Sintok International Game & Gamification 2018, UUM