PONDOK HUSNUL KHOTIMAH
Diasaskan oleh Ust Hj Yahya bin Abdullah, beliau membina pondok ini pada awalnya untuk dirinya dan ingin menyediakan suasana dan rakan-rakan yang memiliki matlamat yang sama sebagai persediaan husnul khotimah untuk bertemu Sang Pencipta. Beliau mewakafkan tanah dua ekar untuk tujuan pembangunan ini, Menggunakan keseluruhan duit pencen beliau membina 12 unit pondok untuk di diami. Sayangnya beliau tidak sempat melihat suasana aktiviti husnul khotimah berjalan dengan baik sebelum beliau menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada 4 November 2014. Kini pembangunan aktiviti Pondok Husnul Khotimah pesat membangun, setiap hari ada aktiviti yang dirangka bagi memastikan program pondok terus berjalan. Doakan suasana pendidikan ini terus berjalan, seolah tempat ini seperti Sekolah orang tua untuk bertemu dengan Tuhan yang maha Esa. Antara hala tuju Pondok Husnul Khotimah adalah ingin menyediakan kehidupan yang diredhai Allah swt, dengan kata lain ialah menyediakan satu landing kesudahan yang baik (husnul khotimah). Jika dirumah, mungkin agak sukar untuk istiqamah ke masjid, solat berjemaah, pergi ke kelas-kelas pengajian, bertahajjud, tatapi di pondok suasana ini dibentuk, sehingga jika ada diantara penghuni tidak melakukannya merupakan satu kerugian. Antara Jadual program pengajian pondok ialah : 5.00 pagi: Solat tahajjud - Jemaah setiap pagi Jumaat 6. 00 - 8.30 pagi: Solat subuh berjemaah + Kuliah + Bacaan Yassin 8.30 - 9.30 pagi: Kelas Al Quran 10.00-11.00 pagi: Kelas Fardhu Ain 1.10 tengahari: Solat zohor berjemaah + Selawat Tafrijiyah 4.25 petang: Solat Asar berjemaah+ Surah Al Waqiah 7.05 malam: Solat Maghrib berjemaah + Bacaan Yassin + Kuliah 8.15 malam: Solat Isyak berjemaah + bacaan Surah Al Mulk dan As Sajadah |
KELAS PENGAJIAN
KEMERIAHAN KEMERDEKAAN 2021
LOKASI BERDEKATAN DENGAN
SOALAN LAZIM YANG DITANYA . . .
Cara kemasukkan pondok?
Boleh daftar borang online DISINI
Umur penghuni pondok?
Dewasa - Khusus untuk perempuan
Orang luar/ peserta yang berulang boleh sertai?
Hanya yuran pengajian sahaja yang dikenakan iaitu sebanyak RM100
Yuran bagi penghuni pondok?
RM150 sewa pondok
RM100 untuk pengajian
(Tidak termasuk api dan air)
Apakah syarat kemasukkan pondok?
1. Wanita
2. Minat belajar ilmu agama
3. Sihat tubuh badan, boleh berjalan untuk belajar
4. Boleh menguruskan diri sendiri
Boleh daftar borang online DISINI
Umur penghuni pondok?
Dewasa - Khusus untuk perempuan
Orang luar/ peserta yang berulang boleh sertai?
Hanya yuran pengajian sahaja yang dikenakan iaitu sebanyak RM100
Yuran bagi penghuni pondok?
RM150 sewa pondok
RM100 untuk pengajian
(Tidak termasuk api dan air)
Apakah syarat kemasukkan pondok?
1. Wanita
2. Minat belajar ilmu agama
3. Sihat tubuh badan, boleh berjalan untuk belajar
4. Boleh menguruskan diri sendiri
CARTA ORGANISASI PONDOK
PENGERUSI
Murabbi Mohd Afif Bin Yahya
Master Of Usuluddin
in Universiti of Malaya
Master Of Usuluddin
in Universiti of Malaya
MURABBI
PENGHULU PONDOK
PUAN FAUZIAH
BENDAHARI
PUAN HATIJAH
AHLI JAWATAN KUASA (AJK)
LAJNAH IBADAH
PUAN RASIDAH
LAJNAH KESIHATAN
LAJNAH KEBERSIHAN
LAJNAH SANTUNAN
PUAN ZAINAB
LAJNAH KEAMANAN
Pembantu Am
Ridzuan bin Rejab
INFAQ PEMBANGUNAN PONDOK
- Kini kami memiliki 28 unit pondok.
- Kami dalam perancangan untuk menambah 16 unit pondok lagi.
- Memperbesarkan surau dan 2 biji rumah guru.